Kayap

KAYAP: TANDA-TANDA DAN KOMPLIKASI

tanda kayap

Bagi merawat penyakit kayap kita perlu tahu apakah tanda-tanda penyakit kayap. Dengan mengenalpasti penyakit  ini akan dapat membantu kita dapatkan rawatan lebih awal.

Yang saya paling ingat mak cakap kalau kena KAYAP = BAHAYA. Tak boleh dibiarkan, kena berubat. Orang dulu-dulu cakap kalau kat luar kulit tu dah nampak merebak sebenarnya kat dalam lagi teruk. Betul ke?
Saya selalu dapat customer yang ada masalah ini dan kadangkala nampak di luar gelembung kulit akibat kayap dah oke, dah kering tetapi masih sakit, masih pedih. Kenapa agaknya? Ini akan kita kupas nanti.

APAKAH PENYAKIT KAYAP
Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Dalam istilah perubatan dikenali sebagai herpes zoster.

Penyakit ini selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Biasanya ianya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

kayap mata, kayap di muka

TANDA-TANDA PENYAKIT KAYAP

Berikut adalah antara tanda-tanda awal sebelum tanda-tanda kulit timbul.
Dan ia biasanya tanda-tanda ini dialami oleh 80% pesakit

  • rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • mengalami demam
  • sering rasa keletihan
  • sakit kepala

Simptom ini kebiasaannya akan berterusan selama 3 hingga 5 hari. Simptom Seterusnya

  • di permukaan kulit naik tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan
  • selepas satu-dua hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil
  • gelembong air kayap di dalamnya berwarna kuning
  • selepas dua hari warna bertukar keruh dan gelembung akan kering
  • kulit kering akan jatuh sendiri dalam satu ke dua minggu
    kayap kering
    Kulit yang mengelembung semakin kering

    BAHAYA KAYAP

  • Komplikasi awal bagi penyakit  ini ditakuti gelembung air itu merebak ke kawasan lain dan juga ditakuti jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kebiasaannya ini terlibat bagi mereka yang mempunyai sistem imun badan yang rendah
    .
  • Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin akan menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan menjadi risiko kepada saraf facial yang boleh menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).
    .
  • Kadang kala, ia juga akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
    .
  • Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Ini yang terjadi kepada kebanyakan customer saya. Gelembung di permukaan kulit nampak sudah sembuh tetapi masih SAKIT SAMPAI TAK BOLEH TIDUR
    .
  • Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


    Ikuti Video Ini Untuk Mengetahui Apakah Cara Merawat Penyakit Kayap Sehingga Sembuh Seperti En K buat.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Set Kayap yang sesuai, sila hubungi saya
    Tinie Badri
    Pengedar Shaklee Tanjung Malim (since 2013)

    012-2812952
    COD SHAKLEE: UPSI, TANJUNG MALIM, BEHRANG, SLIM RIVER

    Sumber info: Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Tagged , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *