Tips

TIPS MENGELAK STRESS (TEKANAN)

Stress atau tekanan dikatakan menjadi punca banyak penyakit. Tekanan tidak mengenal usia dan tahap status. Kadangkala terlalu tertekan dengan masalah menjadikan manusia hilang pertimbangan. Sehinggakan kita dengar berita-berita yang tidak tercapai dek akal seperti bunuh diri, bunuh ahli keluarga. Stress perlu dikawal. Ikuti tips mengelak stress ini jika anda merasa tertekan

  • Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan
    Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekan akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat.

.

  • Amalkan Diet Yang Seimbang
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Ada beberapa makanan yang dapat membantu mengurangkan stress tekanan ini.

  • Menangislah Dengan Sepuas Hati
    Ada sesetengah individu jika mengalami sesuatu tekanan mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Tunjuk gembira seolah-olah tiada masalah sedangkan pada masa sama ada gelodakĀ  hati sedang mencengkam hatiya. Seeloknya luahkan pada seseorang yang anda boleh percayai dan menangislah kerana ia salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

.

  • Dekatkan Diri Dengan Tuhan
    Satu-satunya tempat anda boleh meluahkan segala adalah kepada Allah. Dekatkan diri dengan Allah dengan memperbanyakkan solat sunat dan zikir. Jika kita menjarakkan diri dengan Allah ditakuti kita dipengaruhi dengan bisikan bisikan syaitan yang jahat. Mintalah pertolongan dan perlindungan dengan Dia.

.

  • Cintai Diri Sendiri
    Walau apa ujian yang dihadapi, anda perlu ingat untuk mencintai diri sendiri. Jangan terlalu mengikutkan kata hati. Jangan korbankan diri untuk sesuatu yang sia-sia. Hadiahkan diri anda sesuatu yang boleh menggembirakan diri anda. Siapa lagi yang boleh cintakan diri kita lebih dari segalanya melainkan diri kita sendiri kan.

.

Ini adalah 5 tips bagi mengelak stress atau tekanan. Hidup dengan gembira elak rasa stress!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *