Resepi Mami Tinie

Resepi Sambal Goreng Tempoyak Petai Ikan Bilis Sedap

Ate musim durian ni apa ke lagi, semua menu tema durian kan. Menu Sambal Goreng Tempoyak Petai Ikan Bilis ni antara yang menjadi kegemaran saya kalau pergi ke sebuah kedai ni. Suka makan tapi tak pandai nak buat atau senang kata tak pernah nak cuba buat. Memang tak pandai la kalau tak cuba buat kan.

Tiba-tiba semalam Encik Suami cakap teringin nak makan Sambal Goreng Tempoyak Petai Ikan Bilis. Ha apa lagi google la mencari resepi. Saya pulak jenisnya memang akan google beberapa resepi untuk dapatkan idea. Oh rupanya ada macam-macam cara jugak ye. Ada yang tak bubuh bawang langsung, ada yang bubuh.

Jadi saya gunakan talian hayat saya call kakak ipar saya, Kak Yong. Akhirnya saya masak guna resepi Kak Yong. Pergh mantap. Resepi Kakyong Siti Nor ni tak pernah tak jadi.

Kena dengan nasi panas, ulam timun dengan ikan goreng je pun dah laju dah makannya. Bagi yang nak cuba dipersilakan. Tapi kalau makan nasi bertambah kome jangan marah pulak ye.

Resepi Sambal Goreng Tempoyak Petai Ikan Bilis Sedap

Bahan-bahan

Bahan A (*kisar halus)

  • 20tangkai cili padi*
  • 1inchi kunyit hidup*
  • 2ulas bawang putih*
  • 1ulas bawang besar*

Bahan lain

  • 1-2 senduk tempoyak
  • Semangkuk ikan bilis,separuh ditumbuk kasar
  • 2-3papan petai
  • 1 batang Serai
  • Sehelai Daun Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Air sikit

Cara-caranya

Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng petai sekejap, asingkan. Goreng garing ikan bilis. Angkat dan asingkan.

Gunakan minyak yang sama masukkan serai ketuk, dan tumis bahan kisar tadi. Tumis hingga naik minyak. Kemudian masukkan tempoyak,masukkan air sedikit dan kacau. Masukkan ikan bilis dan petai. Masukkan daun kunyit. Kacau. Kepekatan terpulang, saya suka pekat jadi saya tak masukkan air yang banyak. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Siap!

Saya buat tadi tak bubuh daun kunyit sebab takde kat kedai. Pun En Suami cakap sedap. Kalau ada daun kunyit lagilah sedap kan. Jadi bagi yang nak cuba jangan lupa masukkan daun kunyit ye. Wangi je nanti. Kali ni saya cuba versi bubuh bawang nanti nak try kalau tak bubuh bawang. Mesti pedas kaw kaw kan.

Masak, masak jugak. Makan, makan juga tapi berpada pada. Kesihatan jangan dilupa oke. Ingat Tinie Badri, Ingat Shaklee.

Oke selamat mencuba!!

2 thoughts on “Resepi Sambal Goreng Tempoyak Petai Ikan Bilis Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *