Tips

Uji Kelajuan Internet Anda. Betul Ke Kelajuan Mengikut Pakej Yang Anda Langgan?

Selama anda menggunakan internet broadband pernah tak check atau test kelajuan internet anda. Tahu tak macam mana nak test kelajuan internet, kelajuan streamyx atau mana-mana broadband provider.

Saya tahu yang kita boleh uji kelajuan tapi tak pernah test selama ni. Tak rasa penting pun. Asal dapat connect internet. Dapat google, update blog, uruskan kedai online, uruskan order customer saya dah puas hati dah. Tapi kejadian baru-baru ni memang beri saya satu pengajaran.

KETAHUI PAKEJ INTERNET YANG ANDA LANGGAN

SAYA MELANGGAN Streamyx Home 4.0M RM140

Pakej 4mbps download speed, 500kbps upload speed. Mengikut customer service yang saya hubungi, ikutkan boleh capai sekurang-kurangnya 3.2mbps. Tapi kelmarin bila saya test hanya 0.34 download speed. Saya sangat stress masa ni sebab nak bukak blog saya pun makan masa yang sangat lama.

Yang sebenarnya sejak upgrade pakej dengan tambah RM10 tahun lepas saya tak pernah test pun kelajuan berapa. Memang tak rasa beza pun tapi sebab still boleh connect so sejenis yang redha je. Sungguh tak teringat langsung nak test walaupun tahu apps ni wujud🤦‍♀️ (hakak penah keja customer service company IT jugak dulu.. dulu la, so skill dah ke laut jugak)

Tengahari tadi saya check modem, kali ni memang lampu modem DSL blinking dan Lampu Internet takde langsung. Maknanya takde langsung connection internet. Jadi saya log report dengan TM. Petangnya technician terus call untuk datang. Alhamdulillah baru kejap ni internet dah up. Better la dari hari hari sebelum ni dalam tempoh dua minggu ni. Mengikut Technician problem kat port luar. So diorang dah betulkan.

Selepas je internet dah ada saya pun test lagi kelajuan. Mengikut seorang teman, sebaiknya test dengan direct connection iaitu menggunakan Lan cable yang disambungkan ke laptop. Lebih tepat berbanding test menggunakan wifi. Jadi ini result yang saya dapat. Memang jauhhhh lagi nak capai 3.2mbps. Jadi saya maklumkan technician bacaan terkini berapa.

Rupanya hikmah problem ni, technician kata memang dah boleh connect internet tapi takat kelajuan ni je dulu(which is memang kelajuan yg biasa sebelum2 ni). Team network diorang akan check cable esok sebab ada masalah kabel luar. Yang mana menjadi punca tak dapat achieve speed yang sepatutnya.

Jadi bagi anda yang melanggan broadband bolehlah rajin menguji kelajuan internet anda untuk check betul ke kelajuan mengikut pakej yang kita langgan.

CARA MENGUJI KELAJUAN INTERNET (BROADBAND SPEED TEST)

1. Taip www.speedtest.net atau download apps ini di telefon anda.

2. Klik Begin Test

3. Meter ini akan kelihatan dan talian akan diuji

4. Keputusan ujian akan dipaparkan

Oh ye untuk report kerosakan dan berhubung dengan customer service TM kita boleh menggunakan medium Telefon dengan dial 100 atau pun Tm Live Chat. Saya dah guna kedua-dua medium. Masa chat di #tmlive pagi tadi pun customer service mintak saya hantar screen capture speed limit ni. Jadi memang berguna jugak lah test ni kan.

Bukan apa penting untuk check kelajuan internet ni, ruginya rasa kalau kita langgan pakej yang tertentu tapi tak dapat kelajuan yang sepatutnya. Betul tak?

Apapun terima kasih banyak pada customer service dan technical team tm. Tindakan memang pantas dan sangat membantu.

Oke selamat menguji kelajuan broadband anda!

3 thoughts on “Uji Kelajuan Internet Anda. Betul Ke Kelajuan Mengikut Pakej Yang Anda Langgan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *