Tips

Syarikat Umrah Terbaik, Berdaftar Dan Harga Mampu Milik

Akhir-akhir ini ramai di media sosial yang berkongsi gambar menunaikan umrah,Allahuakbar ini mengingatkan saya kenangan umrah 3 tahun lepas. Bakal tetamu Allah semestinya akan mencari syarikat umrah terbaik, syarikat umrah yang berdaftar dan dengan harga mampu milik. Sama seperti apa yang kami lakukan dulu. Buat study dan perbandingan beberapa syarikat umrah. Syukur alhamdulillah kami sangat berpuas hati sehingga tak jemu untuk terus berkongsi cerita.

3 tahun sudah saya ada menulis mengenai syarikat Umrah Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd (NO.LESEN KPK/LN 7993 / LKU 182).

Lihat di sini

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Al Haramain Global Tours andServices Sdn.Bhd

Sehingga hari ini saya masih menerima pertanyaan mengenai pengalaman saya menunaikan umrah bersama syarikat Al Haramain ini.

Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan. Dengan harga yang mampu milik dan servis yang terbaik.

Beg bagasi, beg galas, beg sandang, beg kasut dan telekung/kain ihram diberikan oleh pihak agensi

AL HARAMAIN GLOBAL & TOURS ADALAH SYARIKAT UMRAH BERDAFTAR

Perkara penting yang perlu disemak sebelum anda membuat keputusan memilih syarikat mana adalah pastikan ianya adalah syarikat umrah yang berdaftar. Ini penting supaya anda tidak tertipu.

SERVIS TIP TOP SETANDING DENGAN SYARIKAT TERSOHOR

Untuk makluman syarikat ini telah mengalami evolusi yang besar, sekarang telah konsisten mendapat jamaah dari seluruh pelusuk negeri.

Al Haramain Globals

Dari dulu saya yakin dengan syarikat ini walaupun kecil asalnya tapi servis yg diberikan memang setanding tip top dengan syarikat tersohor dengan harga yang lebih mampumilik.

Penerbangan Emirates yang sangat selesa

KOLABORASI DENGAN PERSONALITI

Pada December 2017 syarikat telah berkolaborasi dgn Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa (Personaliti TV3) AL KULLIYAH.

Apa yang saya Faham Ustaz Fauzi akan menjadi duta kepada AL HARAMAIN GLOBAL TOURS untuk tahun 2018.

Masyaallah Tabarakallah, sungguh tidak disangka Syarikat yang asal dari pekan kecil ini telah pun ada cawangan di Skudai dan Pulau Pinang.

SYARIKAT UMRAH YANG MESRA OKU(Orang Kurang Upaya) YANG MEMAKAI WHEELCHAIR

Ramai yang bertanyakan pada saya tentang hajat mereka ingin menunaikan umrah bersama insan tersayang yang memakai wheelchair. Adakah mudah? InsyaAllah jika waris yang sihat ada membawa keluarga yang kurang berdaya bagi saya umrah bersama Al Haramain ini sangat sesuai. Salah satunya kerana group yang kecil. Jadi pergerakan lebih teratur.

Dan sekiranya jemaah uzur ini sukar menaiki bas dan memerlukan kenderaan yang lebih sesuai, pakej pilihan menaiki mpv turut disediakan.

Alhamdulillah jemaah berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Mari kita tengok beberapa testimoni pengalaman jemaah Al Haramain Global Tours

Saya sangat yakin Syarikat Al Haramain Global Tours mampu menjadi syarikat yg tersohor. InsyaAllah. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian dari jemaah umrah Al Haramain Global Tours & Services Sdn Bhd, atau ingin tahu maklumat lanjut tentang pakej umrah, anda boleh klik www.wasap.my/60125171794 (Tn Hj Rosdi Ismail-012-5171794).

Tagged

2 thoughts on “Syarikat Umrah Terbaik, Berdaftar Dan Harga Mampu Milik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *