Tips, Tips Bisnes

Tips Bisnes Online: Jadi Peniaga Online Yang Digemari Part 1

Tips Jadi Peniaga Online Yang Digemari

Part 1:

Makin hari makin ramai peniaga online sekarang. Berapa ramai yang jual barang yang sama tapi setiap orang ada rezki masing-masing. Jangan risau. Man jadda wa jadda.

Macam mana nak jadi peniaga online yang digemari sampaikan prospek confirm closed deal dengan kita dan suka untuk repeat order dengan kita.

Kaktinie akan kongsikan tips untuk gembirakan pelanggan online yang boleh kita gunakan bersama-sama. Tak kira untuk apa-apa biz.

Akan ada beberapa bahagian oke insyaAllah, stay tune!

Pertama, gunakan bahasa yang baik. Panggil prospek yang pm kita dengan panggilan yang hormat dan disukainya.

Macam kaktinie biasanya bg prospek yang kita tak tahu nama atau even jantina memang kena tanya nama dulu. Dari Nama tu insyaAllah tau jantina. Ye la kena la tau jantina, takde la kes lelaki pun kita panggil sis kan😝

Walaupun dia pm terus tanya harga kaktinie akan berkenalan secara ringkas dahulu. Sebelum jawab, SENYUM dulu,(anggap prospek dpn kita) Ucap terima kasih kerana hubungi kita. Kenalkan diri kita, dan tanyakan namanya. (Jangan panjang sangat pulak kata aluannya🙄😅)

Panggil dengan panggilan cik/puan/encik/tn dan namanya sekali. Oh ye kalau dh diberitahu namanya ada Dato’ atau Dr confirm la kena panggil dengan nama tu ok. Respect 😎

Ada sesetengah prospek awal-awal dah bahasakan dirinya sebagai “akak” atau panggil kita “akak” atau “sis”. Ikut je caranya. Itu buat mereka lebih selesa. Sesekali sebut namanya. Contoh “Oke Kak Fazura, boleh sy tau blabla bla” aaahh gitu😂

Sebaiknya elakkan panggil prospek dengan panggilan “saya-awak” “aku-kau” . 😌

Penting untuk buat prospek selesa dengan kita supaya dia lebih mudah bercerita keperluan apa yang dia nak dan lebih mudah untuk kita closed deal.

Bina hubungan dan bina “trust” dulu, sebelum pergi ke langkah seterusnya. Ini simple tapi PENTING.

Layan orang macam mana kita nak dilayan.

Ni yang kaktinie tekankan pada anak-anak biz #shakleegreatwarrior. Of course kat dalam group cerita lebih details bab ni 😘

Share jika anda rasa tips ni bermanfaat.

Nak tips seterusnya? Komen “saya luarbiasa hebat”

#tipsbisnes

#tipsbisnesonlinebytiniebadri

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *