Kanak-kanak, Set Kesihatan

Tanda-tanda Anak Terkena Penyakit HFMD Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Sejak akhir-akhir ini penyakit HFMD atau Penyakit Tangan Kaki Mulut Semakin mengganas. Di Pulau Pinang katanya dah sampai 1,616 kes penyakit kaki, tangan dan mulut ni! Banyak tu! Berpuluh taska pun dah ditutup. Sebagai ibubapa yang prihatin kita perlu tahu apakah tanda-tanda anak terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.

Pengenalan

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/penyakit-tangan-kaki-a-mulut-2/

HFMD merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain. Sebab itu ia mudah berjangkit dan tersebar di kalangan kanak-kanak yang bercampur di taska.

Tanda dan Gejala Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Ciri-ciri klinikal termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser yang banyak pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada bahagian tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Sekiranya ada tanda-tanda di atas ibubapa perlu bawa ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Doktor akan berikan ubat untuk kurangkan demam. Dan ibubapa boleh memberikan Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Perkara Wajib Ibubapa Ambil Tahu & Kawal

  1. Kawal suhu tubuh supaya tak terlampau tingg, pantau dari masa ke semasa
  2. Kedua, kena jaga minum dia supaya tak dehidrasi. Kalau dah dehidrasi teruk, kena cucuk masuk air la pula nanti.
  3. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.
  4. PALING PENTING. Tolong jangan hantar ke taska, sekolah atau nurseri. Kedahsyatan penyakit ni adalah dia mampu menularkan sehingga 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan kawannya

Langkah Bagi Mencegah Penyakit Kaki Tangan Mulut

Pencegahan boleh dilakukan dengan cara menjaga dari segi kebersihan. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak. Kalau cairan ni semua kena pada meja ke baby chair ke pemegang pintu ke mainan ke semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit sebab virus tu boleh hidup dan hinggap kat benda ni semua sampai berhari hari hingga berminggu
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Suplemen Yang Membantu HFMD Sembuh Dengan Cepat

Saya kongsikan testimoni ibu-ibu yang anaknya mengalami penyakit HFMD.

Testimoni HFMD Sembuh

SET BANTU SEMBUHKAN HFMD

Set suplemen ini dapat membantu untuk kuatkan imuniti badannya melawan jangkitan virus HFMD, serta mengurangkan lepuhan baru di tangan, kaki dan mulutnya.

Makanan tambahan ini penting untuk membantu badan mereka bagi mendapat bekalan nutrisi harian yang lengkap walaupun tiada selera makan. Yerla biasanya anak-anak ni tiada selera makan dengan keadaan mulut yang ada lepuhan kan. Jadi inilah yang dapat membantu mereka.

1. NutriFeron

membantu menguatkan sistem pertahanan badan dengan meningkatkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan.

Apa pula Interferon? Interferon nie ialah sejenis protein yang akan dilepaskan oleh sel badan kita sebagai tindak balas terhadap kemasukan virus ke dalam sel badan. Interferon mampu mengekang replikasi virus, dan meningkatkan rintangan badan terhadap jangkitan.

Interferon: A naturally occurring substance that interferes with the ability of viruses to reproduce. Interferon also boosts the immune system. Interferon is so named because of its ability to interfere with virus reproduction.

HFMD ini pun sejenis jangkitan virus kan, maka sesuai sangat peranan NutriFeron menguatkan sistem imun, serta melawan virus HFMD, Insya Allah.

2. Meal Shakes

adalah multivitamin dan multimineral dalam bentuk serbuk. Bila anak demam dijangkiti HFMD ini, Selera makan memang langsung tiada. Jadi, suplemen Meal Shakes dapat mencukupkan nutrien untuk keperluan hariannya.

Penyediaan NutriFeron dan Meal Shakes sangat mudah. Hanya campur ke dalam susunya, shake, dan boleh terus di minum. Takde lah anak lemah tak bertenaga kan.

3. Krim Herbal Blend

Untuk lepuhan lain di tangan dan terutama kaki anak, boleh sapukan Herbal Blend Cream.

Krim Herbal Blend ini membantu  menyejukkan, dan mengurangkan rasa gatal.

Nak dapatkan Set Immune Booster untuk anak HFMD?

Jika anda ingin mencuba set Immune Booster dari Shaklee harga setiap produk adalah seperti berikut:

  1. NutriFeron (30 sachets) – RM181.25
  2. Meal Shakes (544 gram) – RM120.00
  3. Herbal Blend Cream (113 gram) – RM37.50

Jadi, jumlah harga Set Immune Booster Penyakit HFMD ini ialah RM339.00 sahaja (tak termasuk postage).

Anda ada 2 pilihan untuk beli Set Immune Booster Penyakit HFMD dengan mudah:

Cara (1): Beli  secara online di laman eSell (klik sini). Set Immune Booster HFMD Shaklee akan dihantar terus oleh pihak Shaklee (M) selepas pembayaran diterima.

Cara (2): Hubungi kami di 012-2812952 (klik dari smartphone anda), untuk kami bantu anda buat pembelian, pendaftaran ahli untuk lebih penjimatan, dan pertanyaan lanjut. Secara Jujurnya, kami lebih recommend cara no. 2 kerana lebih jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee.

Jadual makan terbaik “Set Immune Booster” akan diberikan eksklusif buat customer tiniebadri.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *