Set Kesihatan, Testimoni, Vivix

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Setiap tahun menunjukkan peningkatan pada statistik pesakit buah pinggang di Malaysia. Ketahui apakah tanda awal sakit buah pinggang supaya kita lebih “alert” dan dapatkan langkah pencegahan atau rawatan bagi penyakit buah pinggang ini.

Statistik penyakit buah pinggang di malaysia

FUNGSI BUAH PINGGANG

Seperti kita ketahui, buah pinggang berfungsi mengeluarkan atau membuang toksin atau racun, bahan kumuhan, seperti air kencing, asid dan garam yang berlebihan dalam badan.

Buah pinggang turut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon bagi mengawal tekanan darah, pembentukan sel darah merah dan menjaga kesihatan tulang. Jika ianya rosak, toksin ini akan berkumpul di dalam badan dan meracun diri kita.

Fungsi buah pinggang

 

TANDA BUAH PINGGANG ROSAK YANG PERLU KITA TAHU

1. Perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing

Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam. Buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap atau air kencing berbuih. Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil

Tanda penyakit buah pinggang

2. Badan terasa mudah letih sepanjang masa.

3. Hilang selera makan, rasa loya dan muntah

4. Bengkak kaki dan muka. (Sembab)

Kaki bengkak buah pinggang

5. Sukar bernafas

6. Gatal di seluruh badan

7. Merasa sakit di bahagian belakang badan atau tepi sebelah bawah

CARA MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Penyakit buah pinggang boleh dikesan pada peringkat awal dengan menjalani ujian darah, creatinine, paras gula dalam darah, ujian air kencing dan pemeriksaan tekanan darah.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan kesihatan. Dan sepatutnya pun kita mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala samada sihat atau tidak bagi memantau tahap kesihatan kita.


Ujian air kencing yang dijalankan dapat melihat kehadiran protein dalam urin atau kehadiran darah dalam urin. Dan sekiranya ada, perlulah menjalankan ujian yang lebih mendalam. Ujian darah dapat melihat kadar kretinin dalam darah. Buah pinggang yang sihat dapat menapis protein dan kretinin, jadi kehadiran protein dan kretinin yang tinggi dalam darah menandakan fungsi buah pinggang terganggu.

Namun, biasanya pada peringkat awal penyakit ini tidak menunjukkan apa-apa tanda, malah 80 peratus pesakit buah pinggang tidak mengetahui yang mereka menghidap penyakit tersebut.

PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK

punca sakit buah pinggang

Penyebab utama kerosakan buah pinggang adalah

  • penyakit kencing manis ( yang tidak terkawal)
  • tekanan darah tinggi (yang tidak terkawal)
  • batu karang
  • radang buah pinggang – glomerulonephriti
  • penggunaan ubat tahan sakit (berterusan dan tanpa nasihat doktor)
  • ubat-ubatan tradisional dan herba juga dikatakan boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang

punca sakit buah pinggang

Langkah Mencegah dan Mengawal Penyakit Buah Pinggang

  • mengamalkan gaya hidup sihat
  • makan makanan yang berkhasiat
  • kawal berat badan
  • melakukan senaman
  • berhenti merokok – Tahukah anda bahawa banyak kajian menunjukkan pahawa individu yang merokok lebih cenderung untuk mendapat kerosakan buah pinggang. Merokok boleh merosakkan salur darah ke jantung dan buah pinggang. Ini akan mengurangkan aliran darah ke organ-organ ini menyebabkan fungsi buah pinggang menyusut dan akhirnya gagal.
  • kurangkan pengambilan garam
  • kawal paras gula dalam darah
  • kawal tekanan darah
  • Makan ubat dengan betul dan menurut saranan doktor

Bagaimana Vivix dapat membantu?

Ikuti testimoni pesakit buah pinggang bocor ini.

Untuk info lanjut boleh hubungi saya:
Pengedar Sah Shaklee : 
Tinie Badri (Shaklee ID 927505)
012-2812952.  (whatsapp /sms)
hartini.badri@gmail.com (e-mail)
COD Shaklee: Tanjung Malim, Selayang, Manjung
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

 

Tagged , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *