Resepi Mami Tinie

Resepi Tauhu Begedil Daging & Sambal Kicap Sedap

Wow Resepi Tauhu Begedil Daging & Sambal Kicap SEDAP!! Cehh nama. Haha kena positif cakap sedap awal-awal maka confirm nanti rasanya sedap. Oke atas permintaan ramai, yang suka dengan menu yang kaktinie bawak semasa kelas iReach Perak di Ipoh awal tahun hari tu maka kaktinie kongsikan resepi tauhu begedil daging & sambal kicap ini. (maaf ye dah lama ada dalam draft tak siap2 post ni haha)

Tauhu begedil daging
Kesayangan saya famili Shaklee Great Warrior menikmati tauhu begedil daging

Oke kisahnya kaktinie suka dengan Tauhu Gemok Ketagih Manjung. Uihhh sedap yakmat yang kat sini. Jadi plannya, Nak order kat Manjung untuk bawak sebenarnya tapi ditakdirkan tak dapat nak balik manjung. Tapi sebab dah tercerita, serba salah pulak tak bawak menu ni. Jadi gigihkan jugak buat.

Anyway korang nak order tauhu begedil yang kaktinie plan nak order awal ari tu, boleh order sini tau. Klik gambar.

Serius sangat sedap. Yang ni secret recipe, kaktinie pun tak tau resepinya macam mana😁 nak tau korang kena beli dan rasa. Haih serius sedap!!

Klik link ni untuk contact k.

Tauhu Gemok Ketagih Manjung

Oke sambung. Maka kisahnya, Sabtu tu pergilah mencari tauhu kering. Jumpa kat Pasaraya Segi nun jauh di Slim River. Merata cari tak jumpa kat Tg Malim ni hihi. Cari tauhu goreng yang kecik comel macam ni tau. Tak ingat nak tangkap gambar plastik. Hari tu kaktinie beli sepaket ada 9biji dalam seringgit lebih.

Cop sebelum bagi resepi kuantiti bahan tu korang agak la ye. Sebab kaktinie buat dapat untuk 63biji. So korang pandai2 bahagi k

Resepi tauhu begedil sedap

Oke ni dia resepinya oke.

RESEPI TAUHU BEGEDIL SEDAP

Bahan Tauhu Begedil

Kentang (kaktinie buat 12biji kentang)

Daging cincang (kaktinie beli daging ramly 2paket)

10 ulas bawang ros dihiris halus

Daun bawang (dihiris)

Daun sup (dihiris)

Garam

Lada sulah

3-4biji telur

Cara-caranya

Buang kulit kentang. Potong-potong dan rebus hingga empuk. Kalau guna periuk noxxa set HP 3minit macam tu. Kemudian angkat buh dalam bekas dan lenyek masa panas.

Goreng bawang ros yang dihiris tadi. Masukkan bawang goreng dalam bekas kentang lenyek.

Goreng daging kisar sampai kering. Masukkan garam dan perasa sikit.

Satukan daging, daun sup, daun bawang ke dalam bekas kentang.

Oh ye tauhu goreng yang dibeli tadi korang kena potong toreh macam ni. Isi dalamnya korek pelan2 masukkan sekali gaul dalam begedil. Gaul sebati. Masukkan garam lada sulah dan perisa.

Bila rasa tu dah oke. Bulatkan begedil. Sumbatkan dalam tauhu kering tadi.

Kemudian dah siap sedia untuk digoreng.

Panaskan kuali yang dah dibubuh minyak. Celup tauhu begedil tadi dalam telur. Kemudian goreng. Dah last sekali ada baki telur tu boleh dicurah perlahan lahan dan kacau dalam kuali. Ala-ala sarang gitu. Untuk diletakkan hias atas begedil nanti. Atas begedil boleh letak jugak bawang goreng dan daun sup untuk hiasan.

RESEPI SAMBAL KICAP SEDAP

Bahan untuk pencicah cili kicap

Cili padi 15-20biji

Bawang putih seulas disangai

Kicap manis

Gula satu sudu

(Blend je semua bahan)

Dah siap!!

Alhamdulillah licin tauhu begedil yang dibawa.

Oke selamat mencuba.

3 thoughts on “Resepi Tauhu Begedil Daging & Sambal Kicap Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *