Info Kesihatan

Penyakit Tibi Rawat Sebelum Terlambat

Tibi atau penyakit batuk kering adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak diubati.

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kuman yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis. Kuman tibi boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh badan tetapi kebiasaannya menjangkiti bahagian paru-paru.

Bagaimanakah Cara Tibi Merebak?

Kuman tibi merebak melalui udara. Pesakit tibi yang mengidap penyakit ini akan mengeluarkan berjuta-juta kuman tibi semasa batuk atau bersin. Kuman ini sangat ringan dan boleh terapung apung di udara. Sesiapa yang berada di dalam kawasan kuman terapung apung ini terdedah untuk dijangkiti penyakit Tibi. Pesakit mengeluarkan kuman semasa batuk atau bersin boleh merebakkan kuman tibi dan mungkin menjangkiti mereka yang tinggal bersama.

Apakah Tanda & Gejala Penyakit Tibi?

⁃ batuk melebihi 2 minggu

⁃ Kurang selera makan

⁃ Susut berat badan

⁃ Demam

⁃ Berpeluh di waktu malam

⁃ Batuk berdarah

Cara-cara Mengesan Penyakit Tibi

Sesiapa yang batuk berterusan selama dua minggu atau lebih hendaklah menjalani pemeriksaan kahak bagi mengesan kuman tibi. Pemeriksaan kahak boleh dilakukan di klinik-klinik kesihatan berhampiran atau hospital. Pemeriksaan x-ray dada boleh dilakukan oleh doktor untuk mengesan penyakit tibi.

Rawatan Tibi Dot (Directly Observed Treatment)

Penyeliaan langsung oleh anggota kesihatan/perubatan atau individu terlatih ke atas pesakit tibi dengan melihat ada memastikan pesakit memakan ubat anti tibi.

Prinsip-prinsip DOT adalah:

⁃ pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya selama 6bulan

⁃ Pesakit perlu menelan ubat setiap hari dengan diawasi oleh penyelia DOT yang telah dilatih sepanjang tempoh rawatan.

Cara Mencegah Tibi

  • Bayi yang baru lahir hendaklah mengambil suntikan imunisasi BCG. Imunisasi BCG diberi di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
  • Suntikan BCG diberi percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan bagi warganegara Malaysia kepada bayi yang baru lahir.
  • Sesiapa yang batuk selama dua minggu atau lebih hendaklan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan kahak.
  • Sekiranya disahkan sebagai pesakit tibi, dapatkan rawatan segera dan ikuti rawatan sehingga tamat bagi mengelakkan penyakit tibi menjangkiti keluarga anda.
  • Ahli-ahli keluarga atau sesiapa yang berdampingan dengan pesakit tibi juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di klinik-klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
  • tempat kediaman, hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih. Tentukan cahaya matahari dapat memancar ke dalam rumah kerana cahaya matahati boleh membunuh kuman tibi yang terapung di udara.
  • Semua tingkap mestilah dibuka pada siang hari supaya aliran udara berlaku
  • Jangan meludah merata-rata kerana mungkin air ludah mengandungi kuman tibi

Bagi mereka yang mengalami gejala tanda-tanda penyakit tibi, dapatkan pemeriksaan awal di klinik berhampiran. Rawatan awal dapat membantu.

Tagged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *