Uncategorized

Pengalaman Menyaksikan Bayi Lahir Di Expo Baby TCE

Hari ni dalam sejarah yang tak mungkin mami lupakan. Hajat di hati ke TCE Baby Expo nak beli barang baby je, direzkikan Allah menyaksikan baby lahir depan mata. Allahuakbar.

Bergambar sebelum masuk ke expo. Mami dah 8bulan?[[[[[[[[[[[[[[
Kisahnya lepas selesai membeli beberapa barang baby yg dihajati, kami pun turun ke surau. Selesai solat Maghrib, mami dan anak2 tunggu Dedi di luar surau. Takde kerusi di luar tu. Mami taklarat dah duduk bersila di lantai dengan Kaklong Dan Aira.

Tiba-tiba pintu di tepi mami terbukak, dan seorang ibu hamil bersama seorang kawannya masuk. Dan kawannya beritahu “Nak bersalin dah ni”. “Ha??? Ke contraction je?” Mami menyedapkan hati “tak dah nak keluar” kata ibu tadi sambil menurunkan seluarnya.

“Ya Allah Ya Allah tolong tolong panggil ambulan” mami menjerit bagitau orang sekeliling. Hp mami out??‍♀️ Kawannya kata tak sempat dah tolong cover dia dengan kain. Ya Allah serious mengeletar mami masa ni. Mami dan sorang lagi di situ tolong tutup ibu yang dah terduduk di hujung sudut. Baby dah selamat dilahirkan. Allahuakbar. Mami masih panik, kawan ibu tu tadi dah menangis sambil pegang baby ?

Dedi tolong bagi kain pelekat dari dalam surau untuk cover ibu tadi, ada seorang makcik sedekahkan kain batiknya untuk selimutkan baby.

Ada seorang perempuan cakap dia nak call ambulan tapi basement tu takde line, dia akan naik call di atas. Mami mintak dia bagitau pak guard sama. Seorang perempuan pulak bgtau dia akan call organizer. Rupanya dia exhibitor di situ, tokey butik Mumdreams dengarnya tadi. Dan seorang lagi lelaki bantu call kecemasan. Alhamdulillah dapat.

Mami sempat bercakap kejap dengan operator kecemasan yang bertanyakan keadaan baby dan ibu. Mami bagitau baby ada menangis, mata berkedip dan ada pergerakan. Ibu pun sedar. Kami disuruh selimutkan baby. Masa ni kawan yang pegang baby pun dah lenguh bertinggung. Mami tolong pegang baby tu sementara dia betulkan duduk. Allahuakbar nak nangis rasa dapat pegang baby yang masih basah. Lembut, bersih, Comel sangat. Baby boy.

Kemudian pasukan Medic organizer sampai dan sambung bercakap dengan pihak hospital, suuh cari tali diorang nak guide untuk ikat tali pusat. Jenuh kami cari tali ? last kami jumpa tali yang kat face mask dalam beg Medic tu. Mami tarik je tali tu? pihak medic tu pun ikat tali pusat baby. Masa ni uri tak keluar lagi. Ibu ni dah rasa rengat sakit perut.

Mak ibu yang melahirkan dah sampai di situ. Dia memang datang bersama ke expo tu tapi berpisah sebab anaknya nak ke hospital dnegan kawannya. Katanya takpe selawat usap je perut nanti keluar la. Kagum betul makcik ni tenang cool je. Orang Brunei makcik ni. Elok makcik ni cakap memang keluar urinya. Allahuakbar sebelum ni mami tak pernah tengok real uri tu macam mana. ?

Organizer pun ada datang membantu. Katanya ni first time baby TCE lahir kat event, diorang akan contact untuk bagi hadiah special untuk ibu ni. ?

Ada yang menghulurkan air mineral. Ada yang tolong pegang kain cover dari jadi tontonan. Tak lama kemudian ambulan datang. Alhamdulillah kejap je tali pusat dipotong. Baby dan ibu dibawa ke HKL ? Alhamdulillah

Dah setel baru mami sedar kain mami ni basah kena air ketuban n sedikit darah ? rezki mami yang tak pernah bersalin normal untuk tengok macam mana orang bersalin normal depan mata? Allahuakbar. Terima kasih pada semua yang membantu. Baik2 semuanya. Rezki ibu tu mudah je melahirkan. Pukul 7 katanya start sakit, dia bersalin tu dalam 7.30-7.40 mcm tu. Sempat ibu ni bersembang agaknya sebab dia banyak jalan tu mudah bersalin? tengok mukanya pun tenang ceria je. Tahniah puan! Selamat Berpantang. Terima kasih Allah atas pengalaman hari ini.

PESANAN PADA IBU HAMIL YANG NAK KE EXPO BABY

Cuma nasihat mami pada yang nak pergi EXPO BABY macam ni, yang dah dekat dekat hari tu better not lah. Dengan ramai orang, kena jalan banyaknya, yerla expo kan luas. Risau sangat! Mintak orang lain belikan, personal shoper atau shopping online je k.

Kalau nak pergi jugak bersiap sedialah dengan segala kemungkinan k. Get ready!! Hihi

DAN kalau nak ke mana-mana sila bawak buku pink ye. Betul la kan orang dah pesan kalau dah nak dekat hari, beg2 persiapan baby dan ibu dan kena standby je.

Anyway mami mencatatkan di blog ini sebagai kenangan untuk hari yang bersejarah ini. Allahuakbar.

#tcebabyexpo

Updated: mami baru dapat tahu rupanya ibu tu personal shopper hihi.. ? takpe lah dah selamat kan. Cuma banyak komen yang dapat rupanya dia sangat baik dan banyak membantu, patutlah rezkinya bersalin pun mudah dibantu ramai orang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *