Info Kesihatan

Pengalaman Cucuk Dexa Kali Pertama

Assalamualaikum. Hari ni dalam sejarah pertama kali kena cucuk Dexa. Dua kelahiran sebelum ni pun czer tapi tak pernah kena cucuk. Tapi yelah dah lama kan, anak kedua pun dah 7tahun jadi mungkin prosedur pun dah lain.

Pagi tadi saya ada check up dengan doktor pakar O&G di Hospital tempat saya nak bersalin nanti. Nak dapatkan tarikh untuk bersalin operation. Doktor pakar yang sama yang bagi tarikh masa anak kedua Aira dulu. Walaupun dah anak ketiga biasa la kan masih berdebar bila scan, memang kedudukan bayi songsang tak pernah berubah dari awal. Doktor kata, Disebabkan bentuk rahim tidak normal;Bicornuate Uterus (klik untuk baca).

Hati memang dah redha untuk dibedah sekali lagi. Ready untuk dapatkan tarikh je. Jadi Doktor bagi dua minggu sebelum due iaitu 1/10 pada usia kandungan 37minggu. Nak mintak 3/10 Doktor tak bagi pulak sebab dah masuk 38minggu masa tu katanya. Hihi.. takpelah berkat hari Isnin hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang mulia moga dipermudahkan

Tup tup Doktor kata kejap lagi terus ke Dewan Bersalin untuk cucuk Dexa. Ha? Ingatkan hari ni bebas cucuk hihi. Pernah dengar je baru-baru ni ada kawan update sakit sangat dia kena cucuk Dexa ni tak pernah ambik tahu details pun. Doktor kata cucuk ni untuk matangkan paru-paru bayi. Dua dos perlu diambil dalam masa 24jam pada waktu yang sama. Tadi cucuk pukul 12.15tengahari maka esok pun kena pergi Klinik Kesihatan yang berhampiran cucuk pada waktu yang sama. Kata seorang kawan memang prosedur bersalin secara pembedahan sekarang kena cucuk Dexa. Dan nurse tadi pun cakap macam tu. ohh kisahnya.

Mulut memang kumat kamit la sepanjang jalan menuju Klinik Bersalin tu. baca segala selawat, doa mintak pertolongan Allah, dipermudahkan urusan. Sampai kaunter bagitau nak cucuk Dexa dan tunjuk surat Doktor. Kemudian dipanggil masuk dalam bilik dan disuruh baring. Uihh baring tu biasa cucuk duduk(dalam hati berkata-kata😂) Kemudian Doktor cakap “Tahan sikit ye,cucuk ni memang sakit sikit sebab steroid ni. Nak kanan ke kiri. ” Saya tunjuk lengan saya. Doktor kata “Oh tak, cucuk ni di punggung. Kanan ye” ohhh kisahnya. 😂 Perghhh memang sakit sebab slow lama cucuknya. Oke dalam hati memang rasa nak tepis je tangan doktor. Oh sabar sabar, ok la takde la sampai menangis hihi. Lepas cucuk Doktor suruh rehat. Katanya sampai rasa dah ok baru bangun. Agak2 hilang rasa sakit baru pusing badan baring tapi eh macam mana nak bangun haha. Jenuh acukan perlahan2 sebab terasa lagi la sakitnya sikit. Berjalan keluar mula rasa ok tapi pastu terasa sakit senget senget la kaki berjalan😂 guard suruh tunggu depan tu je, suami ambikkan kereta di parking.

Oke ni ada saya sertakan sedikit info berkenaan suntikan Dexa ni.

Apakah Itu Suntikan Dexa?

Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan.

Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone.

Kandungan dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ianya perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit. Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus.

Tujuan Cucuk Dexa

Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi pramatang.

Jadi itulah serba sedikit cerita tentang suntikan Dexa untuk matangkan paru-paru bayi yang saya terima hari ini. Esok ada lagi satu dos, moga dipermudahkan. Takpe la kan pengorbanan ibu untuk anak tersayang😍

Tagged , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *