Jalan-jalan Cari Makan

Sotong Bakar Besar Punyaaa di Nasi Dulang Daun Pisang Sungai Ramal

Seminggu lagi sebelum saya melahirkan baby, jadinya hari ni decide untuk jalan-jalan cari makan sambil pergi cari stroller baby. Akhir-akhir ni orang dok viral kat fb Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal yang dikatakan sedap! Menu-menu yang menarik. Sentiasa penuh orang menjamu selera sampaikan kena tunggu nak dapatkan meja kosong. Saya tergoda tengok orang dok share gambar menu sotong besarnya haha my favorite! Pregnant kali ni memang pantang tengok seafood!

Baca review komen-komen di post ramai yang cakap kena pergi awal kalau taknak kecewa makanya kami pun keluar awal dan sampai sana dekat pukul 12tengahari. Lokasinya di Sungai Ramal, kami cari guna google maps je dengan taip nama restoran ni Nasi Dulang Daun Pisang Sg Ramal, Kajang. Sanggup oke jauh-jauh haha. Sesekali bukan selalu.

Masa sampai lorong tu boleh kenal la restoranya yang mana, yang penuh kereta parking depan kiri kanan restoran tu. masa ni terdetik dalam hati, datang awal lagi pun takpe haha, yer la kedai bukak 10.30pagi kan. Tapi parking ok la kira banyak jugak.

Sampai-sampai terus beratur untuk buat order. Sebelum sampai kaunter tu ada menu so kita belek-belek la dulu tengok nak set yang mana kan. Ok la tak lama sangat beratur. Cepat je order bayar dan dapat resit yang tertera nombor kita.

Sementara sorang beratur buat order sorang lagi bolehlah cari meja kosong. Ha ni memang mencabar sebab memang takde meja kosong walaupun meja memang banyak. Ramai sungguh, bukan Melayu je tau Cina India pun ada. Satu Malaysia gitu. So taktik kita nak dapat meja, kena perati mana meja agak nak abih makan tu boleh la standby. Doa-doa lah sikit orangnya tak dok lama. Tapi yer lah orang pun takde nak dok lama tengok ramai menunggu takde meja tu hihi.

Sementara menunggu kita selfie dulu haha. Tak lama kemudian no kami disebut. Siap pakai pembesar suara Oke. Kami pun angkat tangan. Air pun sampai. Saya suka, sistematik. Menu air ada macam-macam jugak Teh ais cincau, bandung cincau, air jagung, eh macam-macam lah. Kaklong order Air Teh Tarik Madu. Perghh buih dia memukau. Saya rasalah seteguk sedap, balance rasa teh dan manisnya taklah manis sangat2. Tapi sebab air bergula so saya tak boleh la rasa lebih-lebih. Air kosong saja 😁

Makanan ni mencabar la sikit menunggu. Kena faham benda tengah viral kan. Memang orang pun ramai yang makan, yang order bungkus lagi. Jadi kena sabar sikit. Kami order tiga menu Nasi Set Dulang Ayam Kg untuk Kaklong, Nasi Set Dulang Bawal Goreng untuk Dedi dan Nasi Ganja Sotong untuk mami. Aira cakap dia nak share je dengan mami. Harga boleh tengok resit.

20minit kemudian sampai order Kak Long. Oke la kan takde la lama sangat.

Nasi Dulang Ayam Kampung. Harga RM9. Set nasi dulang ni datang dengan nasi putih, ayam kampung goreng garing yang agak besar, ulam salom dan kobis, kuah lemak kuning yang pekat dan sedap & ada tiga jenis sambal yang semuanya sedap! Berbaloi set ni.

Kemudian sampai Nasi Set Dulang Ikan Bawal. Sama je cuma lauk ikan bawal. Review dari Suami saya katanya agak mahal la harga set yang ni RM18. Katanya tempat lain dalam RM12-15 boleh dapat bawal saiz mcm ni.

Dah sampai dua menu ni diorang makan dulu, mami mintak nasi tambah untuk Aira masa ni. Nak tunggu nasi saya tu nanti berkuah kari pekat sangat takut pedas untuk Aira. Maka suapkan nasi Aira share lauk dengan Kaklong. Tak terhabis ayam tu sorang. Besar portion ayamnya. Nasi tambah dengan set kuah RM1.80, nasi tambah kosong saja RM1.50. Yang ni mintak kemudian pun takpe, nanti sebelum balik jangan lupa bayar hihi.

Tak lama kemudian sampai menu saya yang dah melambai-lambai sejak berapa ari ni. Yeyyy Nasi Ganja Sotong. RM20. Sebabkan diorang dah pilih nasi dulang so ulam-ulam dan sambal dah ada, tu yang saya pilih nasi ganja. Bezanya nasi ganja ni dengan nasi dulang nasi nya warna kuning, kuah kari pekat banjir di atas nasi, telur rebus separuh dan lauk sotong bakar bersalut kuah kari pekat. Sayur bendi satu dan acar timun. Perghh tak tahan tengok sotong nya BESARRRRR sangat!! Pada saya berbaloi dengan harganya. Makan sorang memang jenuh so share-share lauk.

Alhamdulillah rezki saya sotong tak liat, cukup masak, just nice sesedap rasa. Bukan apa bila baca review ada jugak yang condemn dapat yang tak oke macam tu. Takpelah yang tak oke kena bagitau untuk owner improve, saya yang dapat ok ni pun kena jugak cerita kan tanda penghargaan pada diorang. Moga lebih maju dan kekalkan kualiti makanan, servis dan harga.

Oh ya dari segi servis, pada saya bagus je. Order dan penghantaran Sistematik, oh ye janganlah pulak kalau nombor yang selepas kita dipanggil dulu kita nak melenting. Mesti ada sebab, kadang menu yang kita order tu nak siapkan lambat tak macam order orang tu kan. So sabar. Dari segi pekerja pun ok bila kita request apa-apa, takde pulak nak masam muka cakap kasar ke apa. Cekap. Orang habis makan dan bangun dari meja mereka terus bersihkan meja.

Secara overall saya berpuas hati dan anak-anak pun suka. Kaklong dah dua kali dok cakap nanti lepas dah dapat baby kita datang makan sini lagi ya!! Haha boleh boleh insyaAllah. Maka dengan ini saya juga mencadangkan untuk anda cuba di sini!! Selamat mencuba!

Tagged ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *