Info Kesihatan, Testimoni, Tips, Vivix

Pengalaman Bersalin Ceaser Kali Ketiga, Beza SANGAT!!

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak ketiga pada 1/10/2018 baru-baru ni. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman bersalin ceaser kali ketiga yang mana walaupun sama bersalin secara pembedahan seperti anak2 sebelum ni tapi tetap ada perbezaannya. Kata orang setiap anak ada cabarannya masing-masing kan. Mungkin juga kerana jarak anak kedua dan ketiga ini 7tahun jadi ada prosedur yang dah lain sekarang.

Kakak-kakak yang dah tak sabar nak jumpa adik baby.

Saya kongsikan beberapa perbezaan pengalaman bersalin ceaser dulu dan sekarang yang saya alami. Tiga kali bersalin di hospital yang sama.

Cucuk Dexa

Dua anak sebelum ni saya tak kena cucuk Dexa pun untuk matangkan paru-paru anak. Walaupun kedua-dua mereka bersalin ceaser elektif iaitu pilihan yang ditentukan oleh doktor tarikhnya kerana sebab yang sama iaitu bayi songsang. Yang ketiga ni semasa apointment berjumpa doktor pakar untuk menetapkan tarikh untuk pembedahan, doktor terus suruh saya ke Wad Bersalin untuk mengambil cucuk Dexa. Ikuti pengalamannya di SINI Pengalaman Cucuk Dexa Kali Pertama

Tiub Kencing

Seperti sebelum-sebelum ni, saya admit wad sehari sebelum tarikh pembedahan. Sebaik masuk wad, saya diperiksa tekanan darah, doktor-doktor datang interview beberapa soalan tentang condition sepanjang kehamilan, Doktor Pakar Bius datang menerangkan tentang Bius yang akan dibuat esok. Bertanyakan alahan-alahan jika ada.

Sama macam sebelum ni malam kena puasa tak boleh makan minum selepas 12malam. Nurse beritahu esok Subuh kena bersiapnsedia untuk pembedahan yang dijadualkan pagi. Tak tahu pukul berapa turn saya. Saya bertanya pada nurse samada sempat tak saya solat Subuh dulu. Ye sempat katanya tapi 6.30 dah kena siap. Ye memang tak boleh tidur pun malam tu. Jadi pukul 4 pagi saya dah bangun mandi solat mengaji semua. Ye macam rasa sedia nak pergi berperang. Kalau sebelum-sebelum ni antara perkara menakutkan saya semasa bersalin yang pertama adalah saat dimasukkan tiub kencing sebelum ditolak atas troli ke bilik pembedahan. Jadi dari Subuh tu memang nervous menunggu saat nak dimasukkan tiub kencing. Oh baju nak masuk bilik operation dah lain. Dulu putih tali di belakang. Sekarang baju biru tali dibelakang. Ok la sebab biru tak jarang, hihi. Takde la bergambar dengan baju biru tu cuma ada bergambar dengan uniform wad bersalin yang juga baru berbanding tahun-tahun dulu. Haa comey kan hihi.. ni bergambar dengan downline bisnes Shaklee ku yang sedang menunggu hari nak bersalin

Oke back pada cerita tadi, dah pakai baju bilik bedah, sekali Nurse panggil untuk naik terus atas troli pada pukul 10 pagi. Aikk takde masukkan tiub kencing pun. (Oh ye korang yang first time nak bersalin ceaser jangan lupa bercukur dulu ye di bahagian tu, kalau tak nurse yang akan tolong cukurkan sebelum masuk tiub kencingšŸ˜…) .

Kalau dulu semasa diatas troli dengan menahan sakit tak selesa tiub kencing, dengan nervous nak kena bedah memang dua-dua anak saya ada rasa nak larikan diri haha serius tau cuma fikir balik kalau lari macam mana baby nak keluar kan haha tapi kali ni memang lebih tenang dan bersedia. Ye lah dah anak ketiga dah kan. Zikir peneman sepanjang perjalanan. Oh kali ni, pSampai di bilik bedah di sana rupanya baru dimasukkan tiub kencing. Itu pun selepas cucuk bius. Ye, maka tak rasa sakit pun. Takde rasa tak selesa tu dek kerana ada ubat bius tu. Selepas masuk tiub kencing barulah proses pembedahan dijalankan.

Alhamdulillah kalau dulu satu lagi yang saya tak berapa selesa, bilik bedah yang SANGATTT sejuk! Sampai menggigil berlaga gigi lah dulu. Tapi kali ni rasa selesa je dengan adanya “baju panas” yang diletakkan di bahagian atas tangan bahu. Lain dah rasanya. Dulu ada juga tapi tak seselesa yang sekarang.

Rosdi Junior.. alhamdulillah

Selesai pembedahan, ditolak masuk ke wad, macam biasa 6jam kena baring tanpa bantal. Tengok fon pun nurse marah. Takut kita pening dan muntah. Jadi berehat je lah. Nurse kali ni sama macam sebelum2 ni memang terbaik. Baik-baik je semua. Kalau ada yang tegur pun bukanlah sebab lain melainkan untuk kebaikan pesakit. Dalam tempoh 6jam juga tak boleh makan minum lagi.

Selepas 6jam ibu digalakkan untuk bangun. Jangan takut untuk bangun. Perlahan-lahan sebab kadang kesan ubat bius kita akan rasa pening sikit terhoyong hayang. So slowly. Macam saya memang bila disuruh terus perlahan-lahan bangun. Tak sakit sangat kesan ubat tahan sakit pun ada lagi kan. Untuk permulaan saya tak terus ke tandas. Dari baring di katil saya cuba bangun duduk di katil. Dah stabil saya cuba turun katil duduk di kerusi. Duduk kat kerusi belek-belek majalah. Dah stabil baru ke tandas.

Oh ye, Untuk awal2 tu pad kita akan disalin oleh nurse ok. Tapi bila dah boleh bangun ke tandas kita kena tukar sendiri. Saya memang tak sabar nak ke tandas sendiri dan tak sabar nak tanggal tiub kencing. Nurse cakap kena minum air banyak. Air kencing nampak dah cerah dan banyak baru tiub kencing akan ditanggal cepat. Makanya saya minum air suam banyak sikit. Alhamdulillah saya antara yang cepat ditanggal tiub kencing di situ. Dua lagi kawan yang sama-sama bedah pagi tu lambat sikit tanggalnya sebab sorang air kencingnya sikit, sorang lagi sebab dia tak boleh bangun lagi. Katanya pening bila bangun.

Bila dah tanggal tiub kencing, setiap kali kencing ibu kena ukur dengan bekas dalam tandas berapa ml air kencing yang keluar. Dan pad pun darahnya penuh atau separuh atau banyak mana. Nurse akan tanya untuk direkodkan. Kalau lepas tanggal tiub kencing tak boleh kencing hmm siaplah kena bebel. Yerlah mereka nak pastikan sistem pembuangan kita berjalan dengan baik selepas pembedahan. Jadi kalau dah buang air besar pun kena bagitahu k. Tu satu kejayaan besar juga hihi. Sebelum dapat keluar wad Doktor akan tanya “Kencing ok? Dah buang air besar?”

Saya mungkin kurang cabarannya sebab bayi tidak ada bersama saya selepas dilahirkan. Kerana masa lahir nafasnya laju maka diletakkan terus di wad bayi. Ibu-ibu yang lain bila dah boleh bangunbayi diletakkan di sebelah mereka dan mereka dah boleh mula menyusu.

Sedih sebenarnya bila tengok orang lain ada bayi di sisi saya pula tidak. Suami kirimkan gambar ni saja buat pengubat rindu. Masa di bilik bedah pun nurse tak sempat tunjukkan jadi memang tak dapat bertemu lagi. Hari kedua memang tak sabar tunggu suami datang nak tengok anak kami dan saya nak menyusukan buat pertama kali.

Pertemuan kali pertama.. menyusukan kali pertama

Makanan hospital untuk ibu berpantang

Kalau dulu makanan hospital untuk ibu berpantang macam biasa je tak macam untuk ibu berpantang. Kadang diberi sayur lauk buah yang jenis sejuk atau angin, cara masakan yang tak boleh dimakan orang berpantang. Tapi sekarang dah lain. Menunya ok je. Boleh la kan. Sesuai dan sedap je! Tak gaduh dah nak mintak kelurga bawakkan bekal dari rumah. Tapi yang nak famili antarkan makanan takde masalah pun, silakan.

Oh ye, Makanan pertama yang dihidang hari tu selepas bersalin bubur nasi. Sedap! Lapor kan sedap lah haha.

Yang ni menu yang sempat di snap, yang lain laju dah dimakanšŸ˜‚ anyway ni ikannya di goreng. Yo lah ramai kan jenuh nak berbakar hihi..

Selain dari minum air panas suam untuk kekal segar, saya juga mengamalkan suplemen di bawah ni supaya luka ceaser cepat baik dan saya rasa lebih bertenaga. Elok nurse cakap dah boleh minum dan makan memang terus ambik ni dulu. Ye semestinya Vivix bersama Set Berpantang Shaklee (Vitalea + Vitamin C + Bcomplex + Ostematrix). Alhamdulillah sangat membantu saya. Luka memang cepat baik, badan rasa bertenaga dan lebih penting susu badan banyak. Walau hari kedua baru jumpa baby tapi susu takde masalah baby pun pandai terus hisap.

Stokin Compression

Oke next yang berbeza adalah masa di wad saya diingatkan untuk beli stokin compression. Stokin ni membantu untuk elakkan dari berlakunya deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis). Fungsi utama memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas. Supaya darah tak berkumpul di bawah sahaja.

Nurse ambik ukuran kaki dan katanya beri pada suami untuk panduan beli di farmasi stokin tu. Kata nurse jika tak ada stokin tu tak boleh discharge. Kelam kabut mintak suami belikan stokin tu. sekali masa discharge takde pun nurse cek. Cuma memang selesa la pakai stokin tu. untuk kesihatan kita juga kan. Suami belikan pada harga RM68.

Ada dua jenis tau stokin ni satu takat lutut, satu lagi sampai peha. Hospital suruh beli yang sampai peha.

Cucuk Cair darah HERPARIN

Oke last sekali apa yang bezanya kali ni. Kalau dulu saya takut bila setiap kali nurse datang nak cucuk antibiotik. Lepas je cucuk memang rasa lemah longlai tangan. Tapi kali ni tak sakit pulak. Entah la nape. Cuma kali ni lepas pembedahan ada cucuk Herparin. Ye cucuk untuk cairkan darah. Kata nurse sebab ada kes ibu meninggal selepas melahirkan dek kerana pembekuan darah. Jadi sekarang langkah pencegahan ibu yang melahirkan secara ceaser perlu ambil suntikan cair darah. Dos ikut condition seseorang ibu tu. Biasanya 10hari, setiap hari dua kali cucuk dengan selang masa 12jam. Boleh cucuk di bahagian bahu, dan juga peha. Memang penuh la bahu ni dengan lebam-lebam. Sampai 3hari terakhir takde tempat dah di bahu kiri kanan maka cucuk di peha pulak. Silapnya saya sebab tak berani pilih untuk cucuk sendiri makanya letih kena berulang klinik untuk cucuk.

Oke dah cukup panjang untuk entry kali ni. Syukur alhamdulillah dipermudahkan proses bersalin kali ni,dikurangkan rasa sakit. Ada orang cakap yang ketiga operate biasanya lebih sakit, syukur saya tak mengalaminya. Dah tiga kali bersalin czer, saya memilih untuk tak ikat lagi dengan izin Doktor dan condition pun mengizinkan jadi masih ada peluang untuk seterusnya. cuma bukanlah waktu yang terdekat. Bagi badan rehat dan proses pemulihan dulu.

Nak dapat baby Shaklee yang ni pun lama jugak berusaha, baca entry ni

Ingin Hamil, Ikhtiar Hamil Ini Akhirnya Berjaya

Dan Now fokus untuk baby yang ada dulu. Yeahhh!! Target menyusukan sehingga Ahmad Muaz Al Fateh berusia dua tahun. Empowered by Set Menyusu Shaklee. Doakan ye! Semoga dipermudahkan Allah. Aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *