Ibu Berpantang, Info Kesihatan, Tips

7 Tips Atasi Sembelit Semasa Berpantang, Elak Ibu Meraung Dalam Tandas

Sembelit semasa berpantang adalah masalah yang sering kita dengar bagi ibu ibu yang baru melahirkan. Samada ibu bersalin secara normal ataupun bersalin secara pembedahan iaitu ceasarean. Nampak macam masalah biasa tetapi sembelit semasa berpantang sangat merunsingkan dan jika tidak dibendung boleh melarat sehingga menjadi buasir.

Saya sendiri sebelum ni mengalami masalah sembelit semasa berpantang semasa berpantang melahirkan anak yang pertama. Malah semasa berpantang anak kedua, Teruknya sembelit sehingga melarat menjadi buasir. Saya melahirkan secara czer. Ye bersalin czer pun boleh sembelit atau buasir. Bukan saja rimas, tak selesa, sembelit semasa berpantang sangat memberi kesan kepada emosi ibu yang baru melahirkan. Mana dengan nak hadap sakit luka bersalin. Pergi tandas punya lama tak boleh membuang. Anak yang baru dilahirkan pulak dok menangis nak susu. Sampaikan nak menyusu pun stress kan. Dok dalam tandas pun sure rasa nak nangis meraung kan.

Alhamdulillah saya sedang berpantang anak yang ketiga dan syukur saya tidak mengalami sembelit pada kali ini. Hari ini saya kongsikan 7 Tips Atasi Sembelit Semasa Berpantang.

1. Amalkan Diet Seimbang

Ambil makanan yang seimbang. Sebaiknya amalkan konsep suku-suku separuh. Yang mana anda perlu lebihkan sayur atau buah-buahan dalam diet harian anda. Suku karbo, suku protein dan separuh pinggan sayur dan buah-buahan. Rujuk gambar untuk konsep suku-suku separuh.

2. Minum air secukupnya

Pengambilan AIR SUAM sangat membantu untuk memudahkan pencernaan. Jangan takut untuk minum air. Ia tidak akan memberi kesan kepada peranakan atau fungsi kewanitaan anda.

3. Jangan tahan berak, segera ke tandas

Antara punca sembelit adalah kerana sikap suka bertangguh untuk ke tandas atau menahan berak. Segera ke tandas sebaik saja anda rasa hendak berak, jangan tahan.

4. Elakkan Meneran

Bernafaslah dengan betul semasa menolak najis keluar. Tarik nafas dalam-dalam dan dan hembus nafas sambil membayangkan nafas menolak najis keluar. Jangan meneran. Meneran akan memburukkan lagi keadaan sembelit anda.

5. Elak duduk atau baring dalam posisi terlalu lama.

Amalan berjalan perlahan-lahan membantu proses buang air besar. Jika tiada pergerakan masalah sembelit akan jadi lebih teruk.

6. Gunakan tandas duduk

Tandas duduk lebih sesuai digunakan oleh ibu yang baru bersalin. Kurang rasa sakit dan lebih selesa. Sebaiknya letak bangku kecil untuk diletakkan kaki bagi meninggikan kedudukan lutut. Ini akan membantu mudahkan proses buang air besar.

7. Ambil suplemen yang mengandungi magnesium dan kalsium.

Suplemen yang mengandungi mineral ini boleh membantu melembutkan najis. Pengambilan suplemen ini dengan betul boleh membantu anda membuang najis dengan lawas TANPA MENERAN.

Ye saya sendiri mengamalkan tips di atas dan saya ambil suplemen magnesium dan kalsium ini. Kedua-dua mineral ini ada di dalam pil Ostematrix daripada Shaklee. Bukan saja melengkapi keperluan kalsium ibu tetapi juga membantu melawaskan.

Ostematrix ini juga salah satu vitamin di dalam Set Berpantang Shaklee.

Jadi pada ibu-ibu mengalami masalah sembelit semasa berpantang sila amalkan tips ini dan yang ingin mendapatkan Ostematrix ini atau Set Berpantang Shaklee boleh hubungi saya

Tinie Badri

ID : 927505

(Coordinator)

WhatsApp ;

012-2812952

atau;

E-mail

hartini.badri@gmail.com

Pengguna tegar produk Shaklee sejak 2012.

Aktif sebagai Pengedar Shaklee di Malaysia sejak 2012 hingga sekarang.

Berpusat di Tg Malim & Manjung Perak

Servis penghantaran ‘by hand’ ke kawasan berhampiran.

Pos Laju/Gdex/Citylink ke seluruh Malaysia.

Pos ke Singapore, Brunei dan lain-lain juga disediakan.

Founder team SHAKLEE GREAT WARRIOR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *